Saturday, June 6, 2009

SEDUTAN RINGKAS WASHIQATUL AMAL AL USRAH AD DANDARAWIAH


GAMBARAN PERJALANAN (وصف الطريق)
Iaitu jalan yang telah dimulakan oleh Allah swt semenjak kebangkitan risalah Rasulullah saw dan akan berakhir ketika penerimaan syafaat nanti.

BENTUK PERJALANAN (نوعية المسيرة)
Perjalanan yang selamat serta menyelamatkan mengikut jejak langkah Rasulullah saw bagi peningkatan manusia daripada sifat kehaiwanan ke tahap kemanusiaan yang tinggi kepada ketinggian Islam dan kemuliaan muslimin.
Firman Allah swt: (Al Munafiqun:8)
Maksudnya: ‘mereka berkata lagi: " Demi sesungguhnya! jika kita kembali ke Madinah (dari medan perang), sudah tentu orang-orang Yang mulia lagi kuat (pihak kita) akan mengusir keluar dari Madinah orang-orang Yang hina lagi lemah (pihak Islam)". padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi RasulNya serta bagi orang-orang Yang beriman; akan tetapi golongan Yang munafik itu tidak mengetahui (hakikat Yang sebenarnya).’

ASAS-ASAS PERJALANAN INI

Pertama: Membebaskan diri daripada belenggu ketakutan kecuali kepada Allah swt serta merungkaikan ikatan ketamakan diri selain daripada Yang Maha Kuasa dengan laungan penuh keyakinan didada kita (الله أكبر ونحن المحمديون ولله الحمد) Allah Maha Besar kamilah umat bersama Muhamad segala pujian Kepada Allah. Tidak ada ketakutan serta pengharapan selain kepadaNya.

Kedua: Mengambil lambing ‘Tapak Kasut’ Rasulullah saw untuk menyatakan kepada diri dan orang lain yang dia tidak rela melencong dari perjalanannya kerana jalannya adalah bersama-sama Rasulullah saw. (طريق المعية المحمدية)
Firman Allah swt: (Al Fath:29)
‘Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang Yang bersama dengannya…’

Ketiga : Membina system pemikiran yang empat yang telah digariskan oleh Rasulullah saw;
i. Salafiyah (مدرسة الشريعة النبوية)
Dengan mengambil mana-mana mazhab Fiqh Islami serta mempelajari hukum-hukum ibadat serta asas-asas muamalat bagi menunaikan setiap hukum-hakam dan segala bentuk pergaulan yang bertepatan dengan mazhab Islam yang ia berkuasa mengerjakannya mengikut tabiat warna kulit dan tampat-tempat yang dibolehkan.
Firman Allah swt: (Al Anbia’:7)
‘dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (Wahai Muhammad) melainkan orang-orang lelaki Yang Kami wahyukan kepada mereka (bukan malaikat); maka Bertanyalah kamu kepada AhluzZikri" jika kamu tidak mengetahui.’

Berkata ulamak:
فواجب تقليد جبر منهم : كذا حكي القوم بلفظ يفهم
‘Maka wajiblah mengikut mereka yang lebih alim dikalangan mereka (Imam Mazhab) sebagaimana yang telah diterangkan oleh ulamak dengan cara yang difahami.’

Jangan sekali-kali kita menolak mazhab dalam Islam kerana pada ulamak mazhab tersebut terdapat dalil-dalil yang telah dibukukan yang dipakai oleh kita semua pada hari ini, janganlah kita menganggap mazhab sebagai punca perpecahan tetapi sebaliknya dengan adanya telah menjadi kemudahan kepada umat Islam.

ii. Suffiyah (مدرسة الآداب المحمدية)
Mengambil mana-mana ‘Santapan Ruh’ (مشرب روحى) daripada ulamak yang muktabar sebagai penolong untuk merasai sesuatu dan membantu bagi kekuatan di dalam mencapai kehendaknya bagi membasmi sifat Ananiah (Egoistik) serta membersihkan ruh ke tahap sebersih-bersih pandangan dengan menghiasinya dengan sifat-sifat:
Benar (الصدق) pada perkatan dan keazaman
Amanah (الأمانة) pada pergaulan dan semasa berseorangan
Malu (الحياء) pada pergaulan bersama keluarga dan manusia seluruhnya
Berani (الشجاعة) pada kebenaran serta sabar ketika menghadapi saat-saat genting.
Berkata Ibnu Arabi:
من يبنى إيمانه بالبراهين والستدلال فقط لا يمكن الوثوق بإيمانه فهو يتأثر بالاعتراضات فاليقين لا يستنبط بأدلة العقل إنما يغترف من أعماق القلب
Maksud: ‘Sesiapa membina keimanannya dengan keterangan dan dalil-dalil sahaja tidak mungkin dia dapat berpegang dengan keimanannya sementara itu ia akan menghadapi halangan-halangan dimana keyakinan tidak dapat disimpulkan dengan berdalil akal akan tetapi keimanan itu dapat diselami daripada lubuk hati.’

iii. Taawuniah (مدرسة منهج التعاون المحمدي الكريم)
Sistem bergabung ketika takut dan bersepakat semasa susah bersama keluarga dan jiran tetangga serta masyarakat bagi melahirkan ummah yang teguh (تضامن عند الفراغ وتكافل عند العسرة)

iv. Politik (مدرسة منهاج السياسية النبوية الرحيم)
Sistem politik Rasulullah saw yang penyanyang kasih-mengasihani serta hormat-menghormati dimana sahaja berada dengan sesiapa sahaja yang melanggari batas-batas kenegaraan dengan menghubung jalinkan umat yang satu sebagai satu anggota badan yang mengadu sakit lalu sebagai satu anggota apabila mengadu sakit lalu dituruti oleh anggota lain.
Sabda Rasulullah saw: (Muttafaqun alaih)
مثل المؤمنين في توادهم وتراحمهم وتعاطفهم كالجسد الواحد إذا اشتكى منه عضوا تداعي له سائر الأعضاء بالسهر والحمّى
Maksud: ’Perumpamaan orang-orang yang beriman itu pada berkasih-sayang, hormat-menghormati serta kasih-mengasihi bagai satu anggota apabila mengadu salah satu anggota lalu dituruti oleh anggota yang lain dengan kesakitan berjaga malam.’

Keempat: Wajib memahami tabiat semulajadi ikatan manusia yang dibina di atas syariat dan adab perjalanan Rasulullah saw (صوفي) dengan empat ikatan kejiwaan (روابط الوجدانية) dan empat ikatan kewujudan (روابط الوجودية)

i. IKATAN KEJIWAAN (روابط الوجدانية)
Yang berkaitan dengan manusia semasa hidup dan selepas mati yang lahir daripada perasaan yang sensitif dikawali oleh perimbangan untuk mencapai sesuatu ketinggian hemahnya dengan empat ikatan;
Ikatan keperibadian terhadap Allah swt dengan ikatan keagamaan, sabda Rasulullah saw:

Ikatan keperibadian terhadap Rasulullah saw dengan dua ikatan:-

[1] Ikatan keimanan dengan risalahnya yang berbentuk universal. Sabda Rasulullah saw:
لا يؤمن أحدكم حتى أكون أحب إليه من نفسه وعترتي أحب إليه من عترته
Maksudnya: Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga aku adalah lebih ia kasihi daripada dirinya dan zuriatku lebih ia kasihi daripada zuriatku.

[2] Ikatan ketundukan kepada kepimpinan Rasulullah saw yang menyatukan ummah. Firman Allah swt: (Al Ahzab:6)
Maksudnya: Nabi itu lebih utama pada orang-orang Yang beriman daripada diri mereka sendiri;

Ikatan keperibadian dengan Sultan Dandarawi yang pertama Sidi Muhamad As Sultan sebagai ikatan cucu dengan datuknya sebagai intisab maknawi (انتساب المعنوي) bagi mendapat gelaran ‘Dandarawi’ sehingga dengan panggilan ini semua bagaikan satu kumpulan yang bercabang di dalam keluarga yang satu di pelusuk Negara.

Ikatan keperibadian terhadap Imam Dandarawi yang kedua Sidi Abbas Al Imam sebagai ikatan bapa ruh supaya setiap individu timur dan barat, utara dan selatan menjadi milik bagi ummah dan ummah menjadi milik bagi inidividu sebagai penolong dan pembenteng.

ii. IKATAN KEWUJUDAN (روابط الوجودية)
Lahir daripada perasaan yang suci dikawali oleh perimbangan akal yang sihat agar tidak tersesat kebenaran serta dapat menguasai tindak balas hatinya yang hidup supaya tidak terpadam nalurinya dengan empat ikatan;
Ikatan Individu Pengikut Usrah Dandarawiah (ابناء الاسرة الدندراوية) terhadap rumpun kaumnya dengan ikatan perkauman tanpa ta’sub seperti dengan saudara maranya sekalipun berlainan arus pemikiran supaya tidak ada pulau memulau, benci membenci yang diharamkan oleh Islam. Sabda Rasulullah saw; (Riwayat Muslim)
لا تحاسدوا ولا تناجشوا ولا تباغضوا ولا تدابروا
Maksudnya: Maka janganlah kamu berhasad dengki, jangan tipu menipu, jangan benci membenci dan janganlah kamu belakang membelakangi…
Ikatan Individu Dengan Sahah Usrah (ساحات الاسرة) dengan lapisan masyarakat sebagai hubungan setempat tanpa melihat kepada perbezaan kemanusiaan samada kaya dengan miskin, alim dengan jahil, pemerintah dengan rakyat, yang kuat dengan yang lemah yang mana semuanya adalah pembantu kepada pembinaan ummah.
Ikatan Individu Setiap Pengikut Usrah Dandarawiah Dengan Tanah Air dengan hubungan tanpa taasub kenegerian dimana merekalah sebagai orang beramanah dengan amanahnya penjaga kepada harta bendanya serta pengawal kepada tanah airnya.
Ikatan Individu Terhadap Pemerintah Negaranya dengan ikatan wala’ (الولاء ) selama masa pemerintahan tetap atas undang-undang am serta terikat dengan undang-undang tanpa dibantah dengan melulu supaya tidak mudah terhunus senjata pemerintah terhadap rakyat. Begitu juga wala’ tidak boleh dipaksa kerana ia adalah kemuncak bagi politik didalam melaksanakan tuntutan sesebuah Negara yang mempunyai rakyat.

Kelima: Mengambil berat dengan empat pembentukan diri sebagai persamaan yang merupakan peringkat keagungan manusia iaitu;
Badan - Solat , puasa, makan dan tidur dapat mencapai ke tahap kecergasan pada setiap pergerakan
Ruh - Sentiasa mengingati Allah taala dan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhamad saw sehingga dapat mencapai ke darjat kemanisan iman dengan kehalusan perasaan dengan cahaya keimanan. Firman Allah swt: (
Nafsu - Menahan diri daripada tuntutan nafsu dengan mengeluarkan zakat serta membanyakkan sedeqah. Firman Allah swt: (At Taubah:103)
Maksudnya: Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya Engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak Yang buruk); dan doakanlah untuk mereka,

Keenam: Menjadikan diri bersifat Insanul Ummah sehingga jadilah seperti satu ummah tanpa merasai pelik serta berlainan dengan orang lain yang berbeza tempatnya.

Bentuk Ummah (Manusia)
Kanak-kanak - Bersifat suci serta terlepas daripada taklif
Pemuda - Bersifat pintar dan cergas
Dewasa - Bersifat matang dengan kemahiran
Orang tua - Bersifat sopan santun

Bentuk lapisan masyarakat
• Golongan kaya - Golongan miskin (Faqir)
• Golongan alim - Golongan jahil (Ummi)
• Golongan Kuat - Golongan lemah
• Golongan Pemerintah - Golongan rakyat

Bentuk penduduk dan permukaan bumi
• Ahli bukit -sifat kasarnya
• Ahli gurun -sifat kerasnya
• Ahli dataran -sifat sederhananya
• Ahli pantai -sifat berubah-ubahnya

Bentuk warna kulit manusia
• Berkulit putih - Sifat sukakan kemuliaan
• Berkulit hitam - Sifat kesabarannya
• Berkulit merah - Sifat ketamakannya
• Berkulit kuning - Sifat ketekunannya

Ketujuh: Menjadikan kasih sayang yang ikhlas dan sejati dengan menjadikan diri setiap individu berada pada diri saudarnya serta sentiasa hidup bersama-samanya dimana sahaja dia berada mengikut jejak langkah Rasulullah saw dengan memecahkan perkauman dan perbezaan lapisan masyarakat supaya semuanya dapat membentuk ‘Jam’u Insan Muhamad’ (جمع إنسان محمد صلى الله عليه وسلم).

1 comment: