Wednesday, October 30, 2013

MENGASINGKAN DIRI ATAU BERCAMPURGAUL

Soalan- Adakah mengasingkan diri dari manusia dalam hutan atau yang seumpamanya dengan beribadah kepada Allah lebih baik atau duduk dalam negeri dengan bercampur-gaul bersama masyarakat?

Imam Nawawi- Jika dia takut dengan duduk bergaul di dalam kawasan tersebut, memudharatkan agamanya maka afdhal baginya mengasingkan diri di hutan dan seumpamanya. Contohnya jika dia bergaul dengan mereka yang suka melakuan bidaah, atau mengajak kepada keduniaan dan kaki maksiat, atau mereka yang perbualannya suka mengumpat, memaki dan seumpamanya dan ditakuti dia akan terlibat sama sehingga memudharatkan agamanya maka hendaklah dia ketika itu tidak bergaul dengan mereka.

Adapun jika dia kekal di dalam kampungnya dan mampu ia mengawal diri tanpa memudaratkan agamanya, maka hendaklah ia kekal di kampungnya, dengan itu dia dapat menyertai aktiviti masyarakat Islam, dapat melaksanakan syiarnya dan seumpamanya maka ianya lebih afdhal bagi dirinya. WallahuAlam.

Saturday, October 26, 2013

Haram bin Hayyan ra

Soalan- Adakah benar kisah yang menyebutkan bahawa Haram bin Hayyan ketika dikebumikan, lalu Allah menghantar awan lalu dihujani kuburnya dan tidak menimpa sedikitpun kawasan sekitarnya.

Imam Nawawi- Kisah itu masyhur dalam kitab-kitab ‘Raqaiq’ (kitab yang menghalusi hati) seperti kitab ‘Az Zuhdu war Raqaiq’  karangan Imam Abdullah bin Mubarak dan lain-lain. Wallahua'lam