Dengan Bismillah Kami Mulai
Membaca Nazam Karangan Ini
Menyatakan Nama Sekelian Nabi
Segala Yang Wajib Kita Imani
Mula Pertama Nabi Allah Adam
Nenek Manusia Kafir Dan Islam
Mula Asalnya Di Darus Salam
Ditempa Jibril Tanah Segenggam
Adam Dijadikan Seorang Diri
Di Dalam Syurga Sehari-Hari
Inginlah Adam Hendak Beristeri
Cintanya Adam Allah Mengetahui
Hawa Dijadikan Tulang Rusuk Kiri
Allah Mengahwinkan Jibrail Saksi
Di
Demikianlah Bunyi Firman Tuhan
Kepada Adam Memberi Pengetahuan
Buah Khuldi Jangan Dimakan
Selain Dari Itu Tidak Dilarangkan
Yang Kedua Idris Namanya
Yang Banyak Ibadat Kepada Tuhannya
Tiga Puluh Kitab Turun Kepadanya
Tiadalah Lemah Dia Membacanya
Mula Pertama Menjahit Pakaian
Nabi Idris Mengambil Upahan
Menikamkan Jarum Tasbihkan Tuhan
Datang Malaikat Bersalam-Salaman
Nabi Idris Yang Tingi Pangkat
Menjadi Rasul Dengan Risalat
Ke Langit Yang Keempat Sudah Diangkat
Di Syurga Yang
Ketiganya Nuh Rasul Yang Dibakti
Membuat Ibadat Tiada Berhenti
Menyeru Kaumnya Menakuti-Nakuti
Disuruh Menyembah Rabbul Izzati
Nabi Allah Nuh Rasul Yang Mulia
Datang Perintah Dari Tuhan Dia
Membuat Bahtera Disuruhkan Dia
Mengingatkan Kaumnya Mana Yang Percaya
Allah Handak Menurunkan Bala
Sangatlah Murka Azza Wa Jalla
Yang Keempat Nabi Allah Hud
Menjadi Rasul Di Hadhral Maut
Beberapa Kaumnya Tiada Menurut
Disuruh Menyembah Rabbul Ma’bud
Nabi Allah Hud Pesuruh Tuhan
Berhajat Dengan Raja Jaljan
Menyuruhkan Dia Mentauhidkan Tuhan
Tujuh Puluh Tahun Ia Menyerukan
Kaumnya Tiada Menurut Perintah
Datanglah Cubaan Dari Allah
Perempuannya Aqim Tiada Wiladah
Dihujankan Pasir Api Yang Merah
Yang Kelima Nabi Allah Salleh
Pangkatnya Tinggi Martabatnya Lebih
Berkata-Kata Lidahnya Fasih
Menjadikan Unta Dari Batu Putih
Adalah Kehendak Sekalian Kaumnya
Meminta Unta Seperti Maksudnya
Emas Dan Perak Kaki Tangannya
Seratus Hasta Panjang Lantaknya
Manakala Dapat Seperti Maksud
Segala Kaumnya Habislah Takut
Banyaklah Beriman Serta Menurut
Sekalian Menyembah Rabbul Ma’bud
Keenam Ibrahim Khalilur Rahman
Cubaan Besar Di Datangkan Tuhan
Anaknya Ismail Disuruh Sembelihkan
Iaitu Dibuat Akan Qurban
Nabi Ibrahim Khalilullah
Kuat Berjamu Hatinya Pemurah
Di negeri Mekah Membuat Baitullah
Pada Dialah Rahmat Dilimpahkan Allah
Ketujuh Lut Iaitu Namanya
Kaumnya Yang Sangat Besar Balanya
Sesama Lelaki Pekerjaan Zinahnya
Perempuan Tiada Disukainya
Datang Perintah Dari Tuhan
Malaikat Jibril Itu Di Suruhkan
Negeri Itu Disuruh Ditenggelamkan
Diangkat Jibril Hingga Ke Awan
Kemudian Dibalikkan Habis Sekali
Kemurkaan Tuhan Rabbul Jalali
Kelapan Ismail Al Mukhtar
Bapanya Ibrahim Bondanya Hajar
Mencari Air Terkejar-Kejar
Melihat Anaknya Dahaga Dan Lapar
Dikurniakan Tuhan Tuhan Yang Pemurah
Keluarlah Air Zam-Zam Ditadah Melimpah
Syukurlah Hajar Kepada Allah
Mukjizat Ismail Nyatalah Sudah
Kesembilan Ishak Iaitu Namanya
Saudara Ismail Seayah Dianya
Bonda Ishak Sarah Namanya
Tiga Puluh Tahun Selang Satunya
Isteri Ishak Rugodah Namanya
A’so Dan Yaakob Bondanya Itulah
Pada Masa Dianya Hamillah
Berkembar Dua Ditakdirkan Allah
Kesepuluh Yaakob Nabi Yang Yakin
Anak Ishak Cucu Ibrahim
Kasihkan Yusuf Bukan
Lebih Dari Anaknya Yang Lain
Sebabnya Yusuf Dikasihkan
Kerana Bermimpi Melihat Bulan
Bintang Matahari Sujud Sekelian
Dengki Saudaranya Mendengarkan
Saudara Yang Sepuluh Datanglah Ia
Kepada Yaakob iaitu Ayahnya
Yusuf Itu Hendak Dipohonkan
Bermain Ke Hutan Hendak Dipohonkan
Dilepaskan Yusuf Pergi Berburu
Tidaklah Sedar Pekerjaannya Tipu
Ditakdirkan Allah Tuhan Yang Satu
Kesebelas Nabi Allah Yusuf
Cantik Dilihatkan Allah Akan Dia
Satupun Tiada Bandingan Dia
Lebih Dari Segala Anbiya
Sebabnya Yusuf Mendapat Fitnah
Diajak Perempuan Diri Berzinah
Tetapi Dia Sohibul Manah
Isi Syurga Ahlil Jannah
Siti Zulaikha Namanya Zahir
Isteri Wazir Di Negeri Mesir
Dialah Perempuan Yang Hilang Fakir
Kerana Syaitan Sudah Menghampir
Dua Belas Syuaib Nama Yang Tertentu
Yang Sangat Takut Tuhan Yang Satu
Mengadilkan Kaumnya Pada Masa Itu
Zalim Kaumnya Bukan Suatu
Adalah Perbuatan Kaumnya Sekalian
Dua Sukatan Satu Timbangan
Satu Penjual Satu Dibebankan
Iaitu Menyalahi Suruhan Tuhan
Tiga Belas Musa Rasul Yang Gagah
Melawan Firaun Diperintahkan Allah
Masa Kecil Dipelihara Asiah
Isteri Rasulullah Di Dalam Jannah
Tatkala Kecil Musa Ni Lagi
Dipelihara Asiah Sehari-Hari
Tetapi Firaun Tidak Mengetahui
Musuh Yang
Nabi Allah Yusya’ Demikianlah Lagi
Masuk Empat Belas Bilangan Nabi
Pada Masa Dia Berkelahi
Datanglah Pertolongan Dari Rabbi
Dia Berdoa Kepada Tuhan
Tatkala Dia Tengah Berlawan
Matahari Itu Dia Pohonkan
Masa Berlawan Minta Ditahankan
Dengan Kudrat Tuhan Yang Esa
Matahari Di Tahan Sentiasa
Habislah Kafir Tiada Bersisa
Sehingga Habis Semua Binasa
Nabi Ilyasa’ Yang Kelima Belas
Sepupu Kepada Nabi Ilyas
Membuat Ibadat Tiadalah Malas
Khusyu’ Tawadhu’ Serta Ikhlas
Tiadalah Lama Dia Memerintah
Di Dalam Hadis Tersebut Kisah
Dia Pun Kembali Ke Rahmat Allah
Sepuluh Tahun Kaumnya
Sebab Tiada Nabi Lagi
Kerana Ilyasa’ Sudah Kembali
Di Lauh Mahfuz Sudah Terbahagi
Perintah Tuhan Rabbul Jalali
Enam Belas Ilyas Lagi Disebutkan
Menyuruh Kaumnya Menyembah Tuhan
Setengahnya Menurut Setengahnya Enggan
Hingga Mukjizat Minta Zahirkan
Adalah Mukjizat Dikurniakan Tuhan
Masa Kecil Lagi Dianya
Tujuh Tahun Baru Umurnya
Kitab Taurat Hafaz Olehnya
Mukjizat Kedua Lagi Di Sebutkan
Raja Zalim Punya Permintaan
Anak Dia Mati Minta Dihidupkan
Islamlah Dia Mudah-Mudahan
Manakala Dapat Seperti Maksud
Raja Zalim Lalulah Menurut
Islamlah Dia Kalimah Disebut
Lalu Menyembah Rabbul Ma’bud
Tujuh Belas Ayub Yang Banyak Sabar
Tawakkal Dan Yakin Kepada Tuhan
Penyakit Tiada Lagi Seperti Dianya
Sehingga Habis Sekalian Jasadnya
Penyakit Tiada Bersela Di Badan
Isteri Tiga Dua Meninggalkan
Tinggallah Satu Lagi Memeliharakan
Siti Rahmah Nama Disebutkan
Kelapan Belas Nabi Zulkefli
Dibakar Raja Lama Di Dalam Api
Tiada Dimakan Sekali-Kali
Seperti Mukjizat Ibrahim Khalili
Adalah Raja Yang Membakar Dia
Kelak Kemudian Percaya Dia
Kerana Mukjizat Dizahirkan Dia
Lalulah Menyembah Tuhan Yang Kaya
Kesembilan Belas Nabi Allah Daud
Empat Puluh Malam Dia Sujud
Kehadrat Tuhan Rabbul Ma’bud
Meminta Ampun Dosa Yang Luput
Adalah Dosa Menjadi Mudharat
Iblis Merupa Diri Malaikat
Disangka Daud Kepada Iktikad
Perasaan Bidadari Datang Melawat
Kedua Puluh Nabi Allah Sulaiman
Besar Kerajaan Dikurniakan Tuhan
Masyrik Dan Maghrib Habis Sekalian
Angin Itu Boleh Kenderaan
Nabi Sulaiman Nabi Yang Mulia
Dapat Memerintah Satu Dunia
Tiadalah Nabi Seperti Dia
Lebih Dari Segala Anbiya
Dua Puluh Satu Bilangan Jumlah
Nabi Allah Yunus Pilihan Allah
Melarang Kaumnya Membuat Salah
Menyuruhkan Dia Menyembah Allah
Kaumnya Tiada Mahu Menurutkan
Sekalian Berkata Semuanya Enggan
Empat Puluh Hari Yunus Dipenjarakan
Begitu Juga Diperut Ikan
Nabi Zakaria Demikianlah Lagi
Masuk Dua Puluh Dua Bilangan Nabi
Dia Berdoa Kepada Rabbi
Memohonkan Anak Seorang Lelaki
Dimakbulkan Allah Doanya Itu
Dapatlah Dia Anak Suatu
Gila Menangis Sebilangan Waktu
Nabi Allah Yahya Nama Anaknya
Bilangan Dua Puluh Tiga Dengan Dianya
Mati Terbunuh Iaitu Dianya
Seperti Zakaria Iaitu Bapanya
Nabi Allah Isa Iaitu Ruhullah
Membunuh Dajjal Laknatullah
Dajjal Mengaku Dirinya Allah
Inilah Akhir Kesempurnaan Nazam
Muhammad Rasulullah Khairul Anam
Nabi Akhir Zaman Sohibul Akram
Wa
Kemudian Darinya Tiadalah Nabi
Dialah Mikraj Ke Langit Yang Tinggi
Membawa Firman Dari Rabbi
Menentukan Segala Amar Dan Nahi
Halal Dan Haram Sekalian Ditentukan
Dikurnia Kitab Kepada Nya Al Quran
Sekalian Hukumnya Disuruh Jalankan
Selamanya Tiada Dimansuhkan
Dialah Nabi Yang Banyak Mukjizat
Di Tiang Arasy Namanya Tersurat
Mempunyai Penolong Empat Sahabat
Penghulu Di Dunia Raja Di Akhirat
Alhamdulillah Permulaan Idhofi
Melengkapi Dia Segala Puji
Menyatakan Sifat Khatamun Nabi
Jangan Syak Sekali-Kali
Adalah Sifat Nabi Kita
Di Dalam Hadis Tersebut Nyata
Beberapa Kitab Sudah Berkata
Wajiblah Yakin Sekalian Kita
Tubuhnya Putih Bercampur Merah
Tiadalah Tinggi Tiadalah Rendah
Belikatnya Bertanda Khataman Nubuwah
Menunjukkan Kemudiannya Nabi Tiadalah
Nabi Kita Apabila Berjalan
Cenderung Sedikit Ke Pihak Hadapan
Kekiri Kekanan Tiada Menolehkan
Khusyuk Dan Tawadhuk Kepada Tuhan
Matanya Besar Sangatlah Hitam
Putih Sedikit Merah Campurnya
Nabi Akhir Zaman Itulah Tandanya
Tersebut Di Dalam Kitab Dahulu
Nabi Kita Apabila Berkata
Perlahan Sekadarkan Nyata
Memberi Faedah Semata-Mata
Menyatakan Hukum Tuhan Kita
Perutnya Rata Bersama Dada
Tiadalah Lekuk Dipandang Mata
Muka Dipaling Badan Beserta
Di Hadapan Dipandang Di Belakang Nyata
Tujuh Orang Puteranya Nabi
Empat Perempuan Tiga Lelaki
Saidina Qasim Yang Tua Sekali
Mengiringkan Dia Abdullah Taiyibi
Seorang Lagi Bernama Ibrahim
Dia Seorang Ibunya Lain
Bondanya Itu Tiada Dikahwini
Kerana Hamba Hukumnya Lain
Bonda Ibrahim Namanya Mariah
Raja Mesir Empunya Hadiah
Kepada Nabi Kita Muhammad Rasulullah
Iaitu Dibuat Akan Jariah
Enam Orang Puteranya Dengan Khadijah
Isteri Yang Tua Kepada Rasulullah
Panjang Keturunan Sampai Sekaranglah
Bagi Yang Tinggal Perang Sabilillah
Siti Khadijah Perempuan Yang Bertuah
Anak Khuwailid Jandanya Hailah
Empat Puluh Tahun Umurnya Sudah
Tatkala Kahwin Dengan Rasulullah
Siti Khadijah Meninggalkan Dunia
Di Ma’la Mekah Ditanamkan Dia
Tiada Sembahyangkan Jenazah Dia
Hukum Sembahyang Mayat Belum Lagi Di Mekah
Turunnya Itu Di Negeri Madinah
Tahun Yang Pertama Nabi Kita Berpindah
Tatkala Itulah Difardhukan Allah
Tiada Dipanjangkan Kisah Itu
Kematian Khadijah Sudahlah Tentu
Berkahwin Nabi Lagi Suatu
Siti Saodah Namanya Itu
Semuanya Dengan Iradah Allah
Nabi Berkahwin Dengan Saodah
Kemudian Kahwin Lagi Dengan Aisyah
Puteri Saidina Abu Baker Cucu Quhafah
Janganlah Kita Banyak Berkira
Bukan Makhluk Punya Bicara
Tiadalah Nabi Kahwin Dengan Anak Dara
Hanyalah Siti Aisyah Sahaja Pada Citra
Puteri Saidina Abu Baker Yang Sangat Mulia
Sahabatnya Yang Dahulu Beriman Dengan Dia
Tatkala Mengahwinkan Puteri Dia
Baharu Enam Tahun Umurnya Dia
Kahwinnya Itu Di Negeri Mekah
Pindah Bersatu Di Negeri Madinah
Masuk Sembilan Tahun Umur Siti Aisyah
Tahun Yang Kedua Nabi Kita Berpindah
Datanglah Takdir Daripada Allah
Kepada Nabi Kita Muhammad Rasulullah
Wafat Puterinya Siti Ruqayyah
Isteri Saidina Othman Yang Mula Pertama
Dikahwinkan Di Mekah Sudahlah Lama
Pindah Ke Madinah Bersama-Sama
Masuk Dua Tahun Meninggalkan Dunia
Tahun Yang Ketiga Perasaannya Aman
Duduk Di Madinah Nabi Akhir Zaman
Turunlah Wahyu Dengan Firman
Menikahkan Umi Kalsum Dengan Othman
Saudara Ruqayyah Yang Telah Mati
Dialah Konon Dijadikan Ganti
Perintah Allah Rabbul Izzati
Patah Tumbuh Hilang Berganti
Saidina Othman Sahabat Yang Mulia
Zun Nurain Gelaran Dia
Artinya Mempunyai Du Cahaya
Dua Kali Menantu Rasul Yang Mulia
Sahabat Keempat Saidina Ali
Dialah Saudara Yang Dekat Sekali
Sepupu Kepada Khatamun Nabi
Dibuat Menantu Lagi Sekali
Siti Fatimah Yang Maha Mulia
Dengan Saidina Ali Dikahwinkan Dia
Wafat Bertiga Tinggal Berdua
Empat Sahabat Pangkalnya Satu
Jauh Dan Dekat Bezanya Itu
Jannatun Naim Syurga Yang Mulia
Tempat Mukmin Bersukaria
Beberapa Bidadari Isterinya Dia
Cukuplah Dengan Hamba Sahaya
Negeri Mekah Baladul Karim
Nabi Muhammad Rasul Yang Khatim
Bani Abdullah Bangsanya Hasim
Hajarul Aswad Di Kanan Pintu
Kemudian Tawaf Dicium Itu
Doa Kita Dimakbulkan Di Situ
Ditakdirkan Allah Tuhan Yang Satu
Mulianya Mekah Masjidil Haram
Mulia Madinah Kerana Maqam
Disitulah Kubur Nabi Yang Kiram
Menjadi Dua Tanahnya Haram
Jika Disbanding Mekah Baitullah
Mulia Juga Madinah Munawwarah
Kerana Kemuliaan Maqam Rasulullah
Saidina Anbiya’ Habibullah
Bumi Mengandungi Jasad Nabi
Tiadalah
Walaupun Dibandingkan Arasy Dan Kursi
Mulia Juga Madinah Lagi
Allahhumma Salli
Dialah Nabi Sohibul Karamah
Di
Pada Waktu Hari Kiamat
Allahumma Salli Wasallim Alaih
Sifat Yang Mulia Martabat Yang Tinggi
Tiadalah Dapat Kita Fikiri
Kuasa Allah Sudahlah Tentu
Allahhumma Salli
Beruntunglah Kita Kepadanya Ummat
Wajiblah Kita Mendapat Syafaat
Waktu Huru Hara Hari Kiamat
Tamatlah Nazam Nabi Dua Puluh
Mudah Mudahan Pahanya Bersama
Bagi Yang Membaca Mendengar Pun Sama
Begitu Juga Yang Hadir Semuanya
Amin Ya Allah Amin Ya Allah Amin Ya Allah Insya Allah
assalamu a;laikum> dengan segala ta,zhim mohon info dari mana anda mendapatkan text syair ini, siapa penulis yang sesungguhnyua, soalnya ini ada di kampungku sejak dulu, dengan versi lain. tolong donk dikasih tau, atau minta nomor hp mu kami mau tanya lngsung asal usul syair ini. balas.trmksh. Abu Askaruddin
ReplyDelete