Tuesday, May 19, 2009

SEMUANYA KERANA KUASA ALLAH SWT…


Al Kisah…

Seorang tua bernama Pak Ali mempunyai dua menantu, Hisyam seorang pekerja makmal di sebuah sekolah manakala Syamsul seorang yang bekerja sendiri atau kerja kampong, Syamsul lebih dikenali dengan Lebai Syam. Diantara keduanya Pak Ali lebih sayang kepada Hisham berbanding Syamsul, kenapa? Mungkin Hisham lebih cerdik dari Syamsul mengikut pandangan Pak Ali.

Suatu hari, kedua-dua menantunya telah balik ke kampong, maka Pak Ali berfikir untuk menguji kedua-dua menantunya. Lalu beliau mengajak kedua-dua menantunya berjalan-jalan sekitar kampong sambil berkenalan dan bermesra dengan penduduk yang dijumpai.

Ketika mereka bejalan di tepi satu kolam, kedengaranlah suara itik angsa yang kuat berbunyi “ang! ang!”. Lalu timbul difikiran Pak Ali sebab dan punca suara yang kuat itu, lalu dia bertanya akan hal tersebut kepada kedua-dua menantunya. Hisyam menjawab “Suara yang kuat itu disebabkan oleh lehernya yang panjang, disebabkan itu suara angsa menjadi kuat”. Bila ditanya kepada Syamsul pula beliau hanya menjawab “Semuanya kerana kuasa Allah”. Pak Ali merasakan jawapan Syamsul itu tidak memuaskan hatinya. Lalu mereka terus berjalan di sekitar kolam dan ternampak lelabah air yang boleh berjalan di atas air dan tidak tenggelam. Pak Ali bertanya Hisyam tentang sebab yang membolehkan serangga itu berjalan di atas air, jawab Hisyam “Perkara itu berlaku kerana keringanan dan keseimbangan badan lelabah air tersebut, jesteru lelabah tersebut mampu berjalan di atas air”. Bila soalan yang sama ditujukan kepada Syamsul beliau menjawab “Semuanya kerana kuasa Allah”. Pak Ali mula terasa geram dengan jawapan tersebut, namun didiamkannya.

“Assalammualaikum!” satu suara menegur Pak Ali, “Waalaikum salam, apa khabar Pak Mat?” Pak Ali membalas teguran rakannya yang botak itu. Mereka berbual seketika sambil memperkenalkan kedua-dua menantunya kepada Pak Mat. Selepas berpisah dengan Pak Mat, Pak Ali pun bertanya kepada kedua menantunya: “Apakah kepala Pak Mat botak pun kerana kuasa Allah juga Syamsul?” sergah Pak Ali. “Ya! Semuanya kerana kuasa Allah.” Terang Syamsul dengan yakin. “Bagaimana pula pandangan kamu Hisyam?” Tanya Pak Ali kepada Hisyam. “Pada saya ia berpunca disebabkan kulit kepala Pak Mat tidak sihat kerana tidak terdedah kepada cahaya matahari, bukankah Pak Mat selalu memakai songkok, lalu kulit kepalanya kekurangan vitamin ‘D’ dan kurang sihat sehingga menyebabkan rambutnya keguguran.” Hisyam menjelaskan dengan terperinci. Pak Ali mengangguk-anggukkan kepalanya menandakan setuju dengan teori tersebut.

Apabila sampai ke halaman rumah mereka kembali, sambil minum petang di bawah palas, Pak Ali meneruskan perbualan, terutamanya yang berkaitan dengan jawapan Syamsul yang asyik menjawab segala-galanya kerana kuasa Allah. Lalu Pak Ali meminta penjelasan dari Syamsul tentang hal-hal yang berlaku sepanjang mereka merayau-rayau sekitar kampong tadi. Syamsul menjelaskan “Bapak, kalaulah suara angsa menjadi kuat kerana leher yang pendek, saya rasa suara katak lebih kuat lagi walaupun katak tiada leher, kalaulah kerana ringan boleh terapung di atas air, saya rasa itik lebih berat lagi bahkan kapal yang dibuat dari besi di lautan pun jauh lebih berat tetapi tetap terapung, begitu juga kepala Pak Mat tadi, songkok dia tak bersalah, jika disebabkan kekurangan oksigen, cuba bapak angkat tangan tinggi-tinggi!” perintah Syamsul. “Kenapa?” Tanya Pak Ali. “Tenguk tu, bawak ketiak bapak bulunya lebih lebat walaupun tidak dapat cahaya matahari dan kekurangan vitamin D”. “Ha! Ha! Ha!, betul jugak ye, pandai kau perkenakan aku ye Syamsul.” “Tapi betul ke tidak pendapat saya tu bapak?” Tanya Syamsul. “Ya tentu sekali SEMUANYA KERANA KUASA ALLAH!”

No comments:

Post a Comment