Wednesday, June 17, 2009

PENGHUNI NERAKA


Soalan – Orang yang dikeluarkan dari neraka akan menjadi hitam, adakah tempat sujud (dahi) mereka turut terbakar?

Imam Nawawi: Neraka akan membakar mereka kecuali dahi, dan ditakwilkan kesudahan mereka hitam kerana keseluruhan badan mereka telah terbakar. Wallahua’lam.

Tuesday, June 16, 2009

SOLAT JIRAN MASJID


Soalan- Adakah hadis (لا صلاة لجار المسجد إلا في المسجد ) [Tiada solat/tidak sempurna solat bagi orang yang tinggal berjiran dengan masjid kecuali di masjid] dan hadis (لا صلاة لمن عليه صلاة )[Tidak sempurna solat bagi orang yang diatas mereka kewajipan solat (yang lain)]. Adakah hadis-hadis itu sahih?

Imam Nawawi: Kedua-dua hadis itu dhaif (lemah).

SOLAT 12 RAKAAT



Soalan – Hadis : (من صلى اثنتي عشرة ركعة بنى الله له بيتا في الجنة )[Barang siapa solat 12 rakaat, Allah swt akan membina satu istana untuknya di dalam syurga/Sahih Muslim] Adakah bermaksud solat sunat Rawatib? Adakah ia hadis sahih?


Imam Nawawi: Ia hadis sahih dalam riwayat Imam Muslim. Solat yang dimaksudkan adalah solat sunat Rawatib. Wallahua’lam.

ZIKIR YANG TERBAIK


Soalan – Hadis Nabi saw: (خير الذكر الخفي، وخير المال ما يكفي)[Sebaik-baik zikir yang perlahan, dan sebaik-baik harta yang mencukupi/Riwayat Jamaah] Adakah hadis ini sabit? Apakah maksud hadis ini?[1]


Imam Nawawi: Tidak sabit, maksudnya zikir yang khafi (perlahan) itu jauh dari riya’ dan ujub dan seumpamanya. Ia membawa maksud, kepada sesiapa yang takut berlaku riya’ dan ujub dan sebagainya di tempat tersebut, jika ia selamat dari gangguan itu maka zikir yang jahr (kuat/jelas) itu lebih utama. Adapun sebaik-baik harta yang mencukupi itu bermaksud kadar harta yang mencukupi dari fitnah kefakiran. Telah sahih bahawa Rasulullah saw bersabda: (اللهم اجعل رزق آل محمد قوتا) [Ya Allah jadikan rezki keluarga Muhamad qut] iaitu mencukupi atau menutup keperluan.


[1] Dinyatakan dalam Asnal Matolib: Hadis ini diriwayatkan oleh jamaah, didalamnya seorang perawi yang dipertikaikan. Dalam Fathul Kabir disebutkan : Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam Musnad, Ibnu Hibban dalam Sahih Ibnu Hibban, Al Baihaqi dalam kitabnya bawah tajuk Cabang Imam daripada Saad r.a

Berkata Imam Ibnu Hajar dalam fatwanya: Ditanyakan tentang kata-kata Imam Nawawi dalam Majlis Zikir (Syarah Muslim): “Zikir lidah dengan menghadirkan hati lebih utama dari zikir hati sahaja”. Bolehkah kita ambil dari pendapatnya itu apabila berzikir dengan hati tanpa lidah, ia mendapat kelebihan jika ada keuzuran ataupun tidak?

Adakah berzikir dengan hati tanpa sebutan lidah tanpa sebarang keuzuran akan mendapat kelebihan juga?

Maka berkata Tuan Imam: Zikir dengan hati tiada keutamaan padanya kerana zikir itu ibadat yang menggunakan sebutan lafaz, adapun ia mendapat keutamaan dengan menghadirkan maksud zikir tersebut yang menyucikan Allah swt di dalam hati, ia pendapat yang menggabungkan pandangan Imam Nawawi di atas dan pandangan golongan yang berkata “Zikir dengan hati tiada ganjaran (pahala) padanya”.

Mereka yang menafikan ganjaran pahala itu, mereka mengkehendaki agar zikir itu berlaku dengan lafaz (sebutannya), dan mereka yang berpendapat ia berpahala kerana mengkehendaki kehadiran hati ketika berzikir. Sebagaimana yang dinyatakan menghayati makna zikir itu penting, tiada beza samada wujud keuzuran dan sebaliknya. Wallahua’lam.

Pendapat aku pula : Jika dalil jelas menyatakan zikir dengan lisan, kecuali apa yang sabit dari latihan Ahli Naqsabandi (semoha Allah menyucikan rahsia mereka yang tinggi) bahwa zikir dengan hati lebih bermanfaat bagi murid, dan memberi kesan yang mendalam untuk menyinari hati dan menyegarkannya, membuang kelalaian dari mereka sebagaimana yang dikatakan oleh Tuan Arif Billah Amin Al Kurdi dalam kitabnya ‘Tanwirul Qulub’.

Wednesday, June 10, 2009

TIGA PERKARA YANG TIDAK BOLEH DILEWATKAN


Daripada Ali bin Abi Talib r.a, bahawa Nabi saw bersabda kepadanya:
يَا عَلِيُّ ثَلَاثٌ لَا تُؤَخِّرْهَا: الصَّلَاةُ إذَا آنَتْ، وَالجَنَازَةُ إذَا حَضَرَتْ، وَالأيِّمُ إذَا وَجَدْتَ لَهَا كُفْوا (غريب حسن
“Wahai Ali! Tiga perkara yang tidak patut engkau lewatkannya, Solat apabila telah masuk waktunya, Jenazah apabila telah dibawa dan orang bujang apabila kau telah temui yang sekufu dengannya.”

Keterangan:
i. Ulamak mazhab Syafie berkata, bahawa waktu untuk menunaikan solat itu terbahagi kepada lapan waktu:
a- Waktu Afdhal (paling utama); dari awal waktu hingga 3/16 waktunya (kira-kira 20minit waktu Subuh, 40 minit waktu zohor dan Asar, 10 minit waktu Maghrib dan 1/3 malam waktu Isyak)
b- Waktu Ikhtiar; dari awal waktu hingga habih waktu Afdhalnya.
c- Waktu Harus tiada makruh; sama seperti waktu Ikhtiar kecuali Asar hingga keluar kuning-kuning matahari, Isyak hingga keluar fajar kazib dan Subuh hingga kemerah-merahan di kaki langit.
d- Waktu Harus serta makruh; tidak berlaku pada solat Zohor, pada Asar ia berlaku dari keluarnya kekuningan matahari hingga tinggal sekadar waktu menunaikan solat sebelum maghrib, waktu Maghrib pula berlaku dari habis waktu Afdhal hingga tinggal sekadar waktu menunaikan solat sebelum Isyak, waktu Isyak pula dari keluarnya fajar kazib hingga tinggal sekadar waktu menunaikan solat sebelum Subuh, manakala waktu Subuh bermula dari kemerahan di kaki langit hingga tinggal sekadar waktu menunaikan solat.
e- Waktu Haram; kira-kira waktu yang ditunaikan solat tidak sempat dihabiskan solat tersebut (walubagaimanapun mesti ditunaikan hingga selesai solat tersebut).
f- Waktu Dharurat; waktu bagi orang yang hilang daripadanya penghalang solat (Maniu’s solat) seperti haid, nifas, gila dan seumpamanya. Terkadang suci ia atau sedar ia dari halangan tersebut sekadar sempat untuk bertakbir ihram sahaja. Wajib dia qado’ jika tertinggallkan solat tersebut.
g- Waktu Idrak (Sempat); Dari awal waktu solat hingga datang perkara yang menghalang solat, seperti seorang perempuan terlewat menunaikan solat zohor tiba-tiba datang ia haid, maka wajib ia menggantikan (qoda’) solat yang ia tidak sempat ditunaikan tadi.
h- Waktu Uzur; juga disebut rukhsah dalam solat iaitu waktu yang diharuskan jamak atau qasarkan solat dalam musafir dan seumpamanya.

ii. Menyegerakan menanam mayat itu adalah hak mayat yang perlu ditunaikan oleh orang yang masih hidup. Tidak perlu lagi menanti ketibaan orang-orang yang tidak berserta ketika itu. Kata Imam As Syafie : Apabila telah mati seseorang maka pejamkanlah matanya kerana nabi berbuat demikian, katupkan mulutnya dan jika takutkan mulutnya ternganga maka ikatkan perca kain ke kepalanya.

iii. Kepada para wali perempuan (gadis/janda) apabila telah ditemui jodoh yang sesuai dan sekufu maka nikahkanlah mereka, jika kamu tidak mengikut kaedah yang telah ditunjukkan nabi maka akan membawa kepada penyesalan di kemudian hari.

iv. Berkata Imam Qistolani: Sekufu/sesuai pada pandangan mazhab Syafie itu lima perkara:
a- Selamat dari aib pernikahan seperti gila, kusta,HIV dan seumpamanya
b- Merdeka, jangan nikahkan dia dengan hamba.
c- Sebangsa, kerana bangsa itu setengah dari kemegahan.
d- Baik agamanya, tidak sekufu perempuan yang baik dengan lelaki yang fasik.
e- Pencariannya, tidak sekufu perempuan yang bergaji tinggi dengan lelaki yang kurang sumber pencariannya. Tidak dinilai sekufu pada harta yang dimiliki kerana ia datang dan pergi.