Friday, December 13, 2013

UPAH , SEWA /MENGGANTI ORANG LAIN MENUNAIKAN SOLAT

Pengertian:
Mengupah orang lain menunaikan solat bagi pihak ahli kelaurga yang tidak menyerpurnakan solat semasa hidupnya.

PANDANGAN ULAMAK
Diperselisihkan oleh ulamak, samada solat itu fardhu, sunat, nazar, samada orng yang mengupah masih hidup atau telah wafat.

A-                 Ketika Masih Hidup
1.                   Jumhur mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Ahmad dilarang sama sekali. Mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Ahmad mengecualikan solat sunat tawaf kerana ia ikutan dalam ibadah haji. (Haji harus diupah maka solat sunat tawaf juga harus diupah)
2.                   Ibnu Hazmi[1] menyetujui pendapat tersebut bagi solat fardhu tetapi  diharuskan bagi solat sunat.

B-                 Setelah meninggal Dunia
1.                   Mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Ahmad tidak membenarkan sama sekali
2.                   Ibn Al Hakam (ulamak Maliki), Ibnu Al Subki, Ibnu Abi Asrub (Ulamak Syafiei) mengharuskan mengupah dan menyewa seorang Islam menunaikan solat yang luput dari seseorang yang telah meninggal dunia.
Disokong oleh ‘Atha’ b Abi Rabah dan Ishaq  b Rahawaih bahawa wali simati perlu menunaikan solat yang luput yang tidak dikerjakan oleh si mati seperti puasa, kalau simati meningggalkan harta pusaka.
Disokong juga oleh Ibnu Hazm jika yang tertinggal itu solat nazar, atau solat fardhu yang tertingggal kerana tertidur atau lupa. Tetapi jika ditinggal dengan sengaja maka tidak diharuskan.

DALIL
A-                 Golongan yang tidak membenarkan:
1.                   Firman Allah: (An Najm:39)
br&ur }§øŠ©9 Ç`»|¡SM~Ï9 žwÎ) $tB 4Ótëy ÇÌÒÈ
dan Bahawa Sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa Yang diusahakannya;
                Di dalam ayat manusia tidak  memperolehi kecuali apa yang ia usahakan, dan amalan yang dilakukan oleh orang lain tidak  memanfaatkan untuk orang lain melainkan untuk dirinya sahaja.

2.                   Hadis riwayat Abu Hurairah:
               ‘Apabila seorang anak Adam meninggal dunia, maka terputus amalannya kecuali dari 3 perkara…’ yang jelas solat tidak termasuk dalam salah satu daripada tiga amalan yang dunyatakan dalam hadis.

3.                   Solat adalah amalan Fardhu Ain (Individu). Tujuan disyairiatkan untuk menguji orang yang melakukannya supaya  mengawal nafsu dan menunjukkan kehambaan.

B-                 Golongan yang mengharuskan:
1.                   Firman Allah: (An Nisa:11)
.`ÏB Ï÷èt/ 7p§Ï¹ur ÓÅ»qム!$pkÍ5 ÷rr& AûøïyŠ 3
                 ... (pembahagian pusaka itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat Yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya.
                Hutang di dalam ayat adalah umum merangkumi hutang manusia dan hutang kepada Allah. 

2.                   Hadis Ibnu Abbas ttn seorang lelaki bertanya qada puasa ibunya, jawab Baginda saw: ‘Hutang Allah lebih utama dibayar’.

3.                   Athar Umar Al Khattab ra memerintahkan seorang perempuan menunaikan solat yang dinazarkan oleh ibunya di masjid Quba ‘Tunaikan solat tersebut untuk ibu kamu’.(Riwayat Bukhari)

4.                   Kias pahala bacaan Al Quran, doa, haji dan seumpamanya yang sampai kepada si mati. (Syarah Muslim Lin Nawawi)

PANDANGAN TERPILIH
Pendapat golonngan pertama yang menyata tidak harus sama sekali mengupah dan menyewa seseorang untuk melakukan solat untuk orang lain samada masih hidup atau telah meninggal dunia.





[1] Abu Muhammad Ali bin Ahmad bin Sa’id bin Hazm al-Andalusi. Dikenali sebagai ahli fikih dan hadits sekaligus teologi, sejarawan, penyair, negarawan, ahli akademik dan politikus yang handal. Tak kurang dari 400 judul kitab telah ditulisnya, yang termasyhur ‘Al Muhalla’ dalam bidang fiqh. Lahir di kota Cordoba, Sepanyol pada akhir Ramadhan 384 H atau bertepatan dengan 7 November 994 M.