Pengertian:
Mengupah orang lain menunaikan solat bagi pihak ahli
kelaurga yang tidak menyerpurnakan solat semasa hidupnya.
PANDANGAN ULAMAK
Diperselisihkan oleh ulamak, samada solat itu fardhu,
sunat, nazar, samada orng yang mengupah masih hidup atau telah wafat.
A-
Ketika Masih Hidup
1.
Jumhur mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Ahmad dilarang sama sekali. Mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Ahmad mengecualikan solat sunat tawaf kerana ia ikutan dalam ibadah
haji. (Haji harus diupah maka solat sunat tawaf juga harus diupah)
2.
Ibnu Hazmi[1]
menyetujui pendapat tersebut bagi solat fardhu tetapi diharuskan bagi solat sunat.
B-
Setelah meninggal Dunia
1. Mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Ahmad tidak membenarkan sama
sekali
2.
Ibn Al Hakam (ulamak Maliki), Ibnu Al
Subki, Ibnu Abi Asrub (Ulamak Syafiei) mengharuskan mengupah dan menyewa
seorang Islam menunaikan solat yang luput dari seseorang yang telah meninggal
dunia.
Disokong oleh ‘Atha’ b Abi Rabah dan Ishaq b Rahawaih bahawa wali simati perlu
menunaikan solat yang luput yang tidak dikerjakan oleh si mati seperti puasa,
kalau simati meningggalkan harta pusaka.
Disokong juga oleh Ibnu Hazm jika yang tertinggal itu solat nazar,
atau solat fardhu yang tertingggal kerana tertidur atau lupa. Tetapi
jika ditinggal dengan sengaja maka tidak diharuskan.
DALIL
A-
Golongan yang tidak membenarkan:
1.
Firman Allah: (An Najm:39)
br&ur
}§ø©9
Ç`»|¡SM~Ï9
wÎ)
$tB
4Ótëy
ÇÌÒÈ
dan
Bahawa Sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa
Yang diusahakannya;
Di dalam ayat manusia tidak memperolehi kecuali apa yang ia usahakan, dan amalan yang dilakukan oleh orang lain tidak memanfaatkan untuk orang lain melainkan untuk dirinya sahaja.
2.
Hadis riwayat Abu Hurairah:
‘Apabila seorang anak Adam meninggal dunia, maka
terputus amalannya kecuali dari 3 perkara…’ yang jelas solat tidak termasuk dalam salah satu daripada tiga amalan yang dunyatakan dalam hadis.
3.
Solat adalah amalan Fardhu Ain (Individu).
Tujuan disyairiatkan untuk menguji orang yang melakukannya supaya mengawal
nafsu dan menunjukkan kehambaan.
B-
Golongan yang mengharuskan:
1.
Firman Allah: (An Nisa:11)
.`ÏB
Ï÷èt/
7p§Ï¹ur
ÓÅ»qã
!$pkÍ5
÷rr&
Aûøïy
3
... (pembahagian
pusaka itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat Yang telah diwasiatkan oleh si
mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya.
Hutang di dalam ayat adalah umum merangkumi hutang manusia dan hutang kepada Allah.
2.
Hadis
Ibnu Abbas ttn seorang lelaki bertanya qada puasa ibunya, jawab Baginda saw: ‘Hutang
Allah lebih utama dibayar’.
3.
Athar
Umar Al Khattab ra memerintahkan seorang perempuan menunaikan solat yang
dinazarkan oleh ibunya di masjid Quba ‘Tunaikan solat tersebut untuk ibu
kamu’.(Riwayat Bukhari)
4.
Kias
pahala bacaan Al Quran, doa, haji dan seumpamanya yang sampai kepada si mati.
(Syarah Muslim Lin Nawawi)
PANDANGAN
TERPILIH
Pendapat
golonngan pertama yang menyata tidak harus sama sekali mengupah dan menyewa
seseorang untuk melakukan solat untuk orang lain samada masih hidup atau telah
meninggal dunia.
[1] Abu Muhammad Ali bin Ahmad bin Sa’id bin
Hazm al-Andalusi. Dikenali sebagai ahli fikih dan hadits sekaligus teologi,
sejarawan, penyair, negarawan, ahli akademik dan politikus yang handal. Tak
kurang dari 400 judul kitab telah ditulisnya, yang termasyhur ‘Al Muhalla’
dalam bidang fiqh. Lahir di kota Cordoba, Sepanyol pada
akhir Ramadhan 384 H atau bertepatan dengan 7 November 994 M.