Sunday, June 16, 2013

UPAH PENYELENGGARAAN JENAZAH

Penyelenggaraan jenazah merangkumi memandikan, mengkafan, solat jenazah, membawa dan pengkebumian. Hukum asalnya adalah Fardhu Kifayah
Perbelanjaan penyelenggaraan jenazah hendaklah diambil dari harta peninggalan si mati / harta waris simati / Baitul Mal/ harta orang kaya Islam atau harta kenalan si mati.
Isteri tidak wajib menyelenggarakan jenazah suaminya –ijmak
Suami wajib menyelenggarakan jenazah isterinya  -pendapat paling sahih dalam Mazhab Syafie

HUKUM UPAH PENYELENGGARAAN JENAZAH
  1. HARUS- selagi ia tidak wajib kepada penyelenggara jenazah (Hanafi/Maliki/Ibnu Hazm/Sebahagian ulamak Syafie)
  2. HARUS mengupah PENYELENGGARAAN JENAZAH (Mazhab Syafie)
  3. HARUS mengupah MEMBAWA KE PERKUBURAN dan MENGKEBUMIKAN tetapi TIDAK HARUS untuk memandikannya (Sebahagian ulamak Mazhab Hanafi)
  4. TIDAK HARUS upah penyelenggaraan jenazah (Sebahagian ulamak Mazhab Hanafi)
  5. MAKRUH mengambil upah jika dia sendiri diperlukan. (Mazhab Ahmad b Hanbal)

DALIL
  1. Jika tidak menjadi Fardhu Ain maka hukumnya adalah fardhu kifayah, mengupah orang lain melaksanakan fardhu kifayah adalah harus. Tidak harus mengupah pada fardhu Ain
  2. Penyelengaraan Jenazah Fardhu Kifayah, maka harus mengupah seperti pendapat diatas, ia tidak memerlukan niat, qiyas kepada amil dan memberi makan kepada orang yang keleparan.
  3. Memandikan jenazah adalah wajib, maka tidak harus mengupah orang lain. Memandikan jenazah dituntut mesti orang Islam kerana memerlukan niat, berlainan dengan membawa jenazah dan pengkebumian.
  4. Penyelengaraan Jenazah adalah taqarrub dan satu bentuk ketaatan kepaa Allah, maka tidak harus mengambil upah dalam membuat ketaatan. Walaupun Fadhu Kifayah, tetapi orang yang bertugas menyelenggarakan jenazah menjadi fardhu ain sampai selesai
  5. Mengambil upah menghilangkan pahala. Ia amalan kebajikan, tetapi dengan mengambil upah menyebabkan penyelenggara jenazah mengharapkan kematian orang lain.

PANDANGAN TERPILIH

            Paling afdhal penyelenggaraan jenazah adalah secara percuma, ia amalan kebajikan yang diharapkan pahala dari pelaksanaanya. Walaupun fardhu kifayah tetapi ketika orang lain tiada yang mampu penyelenggarakannya maka menjadi fadhu ain bagi dirinya. Upah penyelenggaan itu jikapun harus diambil dari harta simati, tetapi pada saat tiada harta yang diperolehi, maka tidak harus ia mengambil upah dari kerjanya kerana ketika itu ia menjadi fardhu ain. Maka tidak harus mengambil upah dari kerja fardhu ain. Wallahu a’lam

No comments:

Post a Comment