Wednesday, June 10, 2009

TIGA PERKARA YANG TIDAK BOLEH DILEWATKAN


Daripada Ali bin Abi Talib r.a, bahawa Nabi saw bersabda kepadanya:
يَا عَلِيُّ ثَلَاثٌ لَا تُؤَخِّرْهَا: الصَّلَاةُ إذَا آنَتْ، وَالجَنَازَةُ إذَا حَضَرَتْ، وَالأيِّمُ إذَا وَجَدْتَ لَهَا كُفْوا (غريب حسن
“Wahai Ali! Tiga perkara yang tidak patut engkau lewatkannya, Solat apabila telah masuk waktunya, Jenazah apabila telah dibawa dan orang bujang apabila kau telah temui yang sekufu dengannya.”

Keterangan:
i. Ulamak mazhab Syafie berkata, bahawa waktu untuk menunaikan solat itu terbahagi kepada lapan waktu:
a- Waktu Afdhal (paling utama); dari awal waktu hingga 3/16 waktunya (kira-kira 20minit waktu Subuh, 40 minit waktu zohor dan Asar, 10 minit waktu Maghrib dan 1/3 malam waktu Isyak)
b- Waktu Ikhtiar; dari awal waktu hingga habih waktu Afdhalnya.
c- Waktu Harus tiada makruh; sama seperti waktu Ikhtiar kecuali Asar hingga keluar kuning-kuning matahari, Isyak hingga keluar fajar kazib dan Subuh hingga kemerah-merahan di kaki langit.
d- Waktu Harus serta makruh; tidak berlaku pada solat Zohor, pada Asar ia berlaku dari keluarnya kekuningan matahari hingga tinggal sekadar waktu menunaikan solat sebelum maghrib, waktu Maghrib pula berlaku dari habis waktu Afdhal hingga tinggal sekadar waktu menunaikan solat sebelum Isyak, waktu Isyak pula dari keluarnya fajar kazib hingga tinggal sekadar waktu menunaikan solat sebelum Subuh, manakala waktu Subuh bermula dari kemerahan di kaki langit hingga tinggal sekadar waktu menunaikan solat.
e- Waktu Haram; kira-kira waktu yang ditunaikan solat tidak sempat dihabiskan solat tersebut (walubagaimanapun mesti ditunaikan hingga selesai solat tersebut).
f- Waktu Dharurat; waktu bagi orang yang hilang daripadanya penghalang solat (Maniu’s solat) seperti haid, nifas, gila dan seumpamanya. Terkadang suci ia atau sedar ia dari halangan tersebut sekadar sempat untuk bertakbir ihram sahaja. Wajib dia qado’ jika tertinggallkan solat tersebut.
g- Waktu Idrak (Sempat); Dari awal waktu solat hingga datang perkara yang menghalang solat, seperti seorang perempuan terlewat menunaikan solat zohor tiba-tiba datang ia haid, maka wajib ia menggantikan (qoda’) solat yang ia tidak sempat ditunaikan tadi.
h- Waktu Uzur; juga disebut rukhsah dalam solat iaitu waktu yang diharuskan jamak atau qasarkan solat dalam musafir dan seumpamanya.

ii. Menyegerakan menanam mayat itu adalah hak mayat yang perlu ditunaikan oleh orang yang masih hidup. Tidak perlu lagi menanti ketibaan orang-orang yang tidak berserta ketika itu. Kata Imam As Syafie : Apabila telah mati seseorang maka pejamkanlah matanya kerana nabi berbuat demikian, katupkan mulutnya dan jika takutkan mulutnya ternganga maka ikatkan perca kain ke kepalanya.

iii. Kepada para wali perempuan (gadis/janda) apabila telah ditemui jodoh yang sesuai dan sekufu maka nikahkanlah mereka, jika kamu tidak mengikut kaedah yang telah ditunjukkan nabi maka akan membawa kepada penyesalan di kemudian hari.

iv. Berkata Imam Qistolani: Sekufu/sesuai pada pandangan mazhab Syafie itu lima perkara:
a- Selamat dari aib pernikahan seperti gila, kusta,HIV dan seumpamanya
b- Merdeka, jangan nikahkan dia dengan hamba.
c- Sebangsa, kerana bangsa itu setengah dari kemegahan.
d- Baik agamanya, tidak sekufu perempuan yang baik dengan lelaki yang fasik.
e- Pencariannya, tidak sekufu perempuan yang bergaji tinggi dengan lelaki yang kurang sumber pencariannya. Tidak dinilai sekufu pada harta yang dimiliki kerana ia datang dan pergi.

No comments:

Post a Comment